Saturday 7 October 2017

KEPENTINGAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN KITA


Kenapa protein penting?

Protein merupakan bahan asas pembinaan sel tubuh. Pengambilan protein dalam diet harian kita sangat penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikian tisu dalam badan kita. Hampir 25 peratus daripada badan kita diperbuat daripada protein. Semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Berikut adalah 7 KEPENTINGAN PROTEIN dalam diet harian kita.


1. Membina sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak.

Protein penting untuk membaikpulih tisu dan membina tisu baru. Sel kita biasanya akan rosak disebabkan oleh pertambahan usia, radikal bebas, stress dan sebagainya. TANPA PROTEIN, sel-sel badan yang mati tidak dapat digantikan. Badan akan menjadi letih dan lesu.

2. Membina otot, tulang yang sihat dan kuat.

Setiap sel dan jaringan tubuh terdiri daripada protein terutamanya bahagian otot, di mana 20 peratus nya terdiri daripada protein. Sebab itu, protein penting untuk menguatkan otot-otot agar tidak menggelebeh apabila lemak-lemak degil dibakar.

3. Membantu kulit yang lebih sihat, cantik dan berseri.

Protein penting kerana kulit kita adalah protein. Kulit kita anjal disebabkan kehadiran kolagen. Kolagen pula diperbuat daripada protein berserat. 
Jika protein yang diambil rendah/ kurang boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal lain dalam badan yang menyebabkan kulit kita berminyak, jerawat, jeragat, mengelupas dan sebagainya. Sebab itu protein penting untuk dapatkan sel yang sihat untuk buat kulit kita nampak awet muda.

4. Menyokong kehamilan yang sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar.

Wanita yang INGIN HAMIL mahupun SEDANG HAMIL disarankan mengambil makanan yang kaya dengan protein. Keperluan PROTEIN sangat penting pada ibu hamil kerana
  • Membantu pertumbuhan janin
  • Membantu pembinaan sel bagi ibu dan bayi
  • Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan otak janin
  • Protein membekalkan asid amino yang membentuk otot dan organ bayi
  • Membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus pada trimester ke-3

IBU MENYUSU memerlukan lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusu. Ibu menyusu memerlukan 71g protein sehari untuk penghasilan susu yang banyak bagi mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi disamping untuk mengekalkan tenaga dan kenyang lebih lama.

5. Mengekalkan berat badan ideal.

Protein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI dengan cepat. Hal ini kerana badan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan protein yang kompleks kepada komponen yang lebih ringkas.

Walau bagaimanapun, penurunan berat badan disebabkan kekurangan protein bukanlah sesuatu yang baik. Badan akan menjadi lembik, otot lemah dan kelesuan.

6. Memberi tenaga segera.

Protein bukanlah sumber tenaga yang signifikan kepada tubuh. Tetapi protein adalah tenaga yang tersimpan seperti karbohidrat dan lemak. Jika jumlah karbohidrat dan lemak dalam tubuh  yang dihadam tidak mencukupi, PROTEIN akan digunakan SEBAGAI TENAGA dalam tubuh.

Protein adalah sumber asid amino. Asid amino hampir sama dengan glukos. Apabila asid amino diproses nitrogen disingkirkan dan menjadi asid lemak yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

7. Menguatkan antibodi dan sistem imun badan

Protein menguatkan struktur kulit dan menyokong penghasilan antibodi serta mengurangkan peluang bakteria atau radikal bebas masuk ke dalam badan.

Protein merupakan nutrisi yang penting dalam keperluan harian kita. Oleh itu, kita perlu mendapatkan sumber protein yang cukup setiap hari dari sumber yang terbaik. Pengambilan protein yang mencukupi adalah sumber kunci kesihatan yang optimum.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...