Thursday 12 October 2017

APA YANG BESTNYA ESP SHAKLEE TU?

Laku keras je produk ni saya tengok’.

Sentiasa mendapat permintaan tinggi pulak’.

Best sangat ke ESP ???’

Mai sini cheq nak bagitahu ni !

Cheq ni memang peminat setia ENERGIZING SOY PROTEIN atau nama pendeknya ESP. Kalau nak tahu, ESP Shaklee bukan hanya sekadar soya tau. Tetapi mempunyai banyak khasiat yang terkandung dalam satu tong ESP.

ISTIMEWANYA ESP SHAKLEE
=========================



ESP Shaklee diperbuat daripada protein soya (tumbuhan) berkualiti tinggi.

ESP merupakan sumber protein yang terbaik. Tak sama tau dengan air soya kotak yang kita beli di pasaran. Sebab soya ESP ni NON-GMO. Bukan sintetik atau hasil kimia..Tidak!


NON-GMO bermaksud tidak diubahsuai secara genetik, tanpa bahan kimia di bawah Identity Preservation Program (IPP). Sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal ketat dari penanaman sehingga pemprosesan. Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan semula jadi dan berkualiti sahaja.

Sekarang ni pun kebanyakan makanan di pasaran mengandungi GMO untuk menjimatkan kos pengeluaran produk. Produk yang mengandungi GMO adalah tidak bagus untuk kesihatan jangka masa panjang dan sering dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan seperti kanser, alahan, toksin. 

Jadi, penting untuk kita memilih soya atau makanan yang NON-GMO ye.


ESP Shaklee dilengkapi dengan 9 asid amino perlu

ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Badan kita tidak boleh menghasilkan ASID AMINO PERLU dan kena diambil daripada sumber luar. ESP satu-satunya produk yang ada semua 9 asid amino penting untuk fungsi badan. 

Secara kimia, asid amino lebih kurang sama dengan glukos. Apabila asid amino diproses, nitrogen akan disingkirkan menjadi asid lemak yang akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Minum ESP membuatkan kita rasa bertenaga dan cergas.


ESP Shaklee mempunyai Glisemik Indeks (GI) rendah


ESP mengandungi Glisemik Indeks (GI) yang rendah membantu memberikan tenaga yang berpanjangan tanpa meningkatkan gula dalam darah, mengurangkan gastrik dan rasa lapar.

GI rendah mampu mengawal paras gula darah kekal stabil dan memecahkan gula secara perlahan-lahan dalam badan. Sebab itu ESP sesuai untuk mereka yang menghidap DIABETES kerana tidak meningkatkan gula dalam darah.


ESP Shaklee tanpa kolestrol dan rendah lemak

ESP dihasilkan daripada protein tumbuhan yang langsung TIADA KOLESTROL dan BEBAS LEMAK. Berbanding protein haiwan seperti ayam, daging mempunyai kolestrol yang tinggi dan lemak tepu dan transfat yang tidak baik untuk kesihatan sebenarnya.

Sebab itu, ESP ni sangat best kerana kita tidak perlu risau tentang kandungan kolestrol tinggi dan lemak berlebihan.


ESP Shaklee diproses menggunakan air bersih bukan alkohol

Ada sesetengah syarikat menggunakan alkohol untuk membersihkan soyflakes. Tetapi soya ESP daripada Shaklee TIDAK DIPROSES MENGGUNAKAN ALKOHOL sebaliknya menggunakan air bersih untuk mengekalkan kandungan ISOFLAVONE.

Alkohol boleh memusnahkan kandungan isoflavone dalam soya. Isoflavone penting dalam penyeimbangan hormon dan membantu mengurangkan risiko kanser.

Selain itu juga, Shaklee adalah syarikat yang memiliki sijil HALAL dan semua produknya adalah halal, selamat, semula jadi dan ada landmark study. Jadi kita tidak perlu ragu-ragu menggunakan produk Shaklee, memang terbukti berkesan!


ESP Shaklee ada unsur KALSIUM

Dalam ESP shaklee ada penambahan kalsium sebanyak 500 gm dalam setiap canister ESP. Best ke tak best? Hehehe


ESP Shaklee dijamin selamat

ESP adalah sumber protein semula jadi. Bebas kolestrol, bebas laktosa, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.


Haaa... best ke best ESP Shaklee ni? Hehe

ESP best sangat! Sayang Shaklee ketat-ketat ;)

Sebab itu saya memilih ESP Shaklee dalam diet harian saya. Bukan hanya kerana ia produk famous atau testimoni orang tetapi kerana kualiti ESP Shaklee itu sendiri.


Nak dapatkan protein ESP terbaik dapat diskaun dapat FREE shaker?
========================================

Boleh hubungi saya ye.

011-10763341

Tawaran promosi hanya sah sehingga 31 Oktober 2017 sahaja.


Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan cara minum berkesan mengikut tujuan target anda !





Tuesday 10 October 2017

CINTA PERTAMA SAYA DENGAN ESP SHAKLEE!

Assalammualaikum!

Entri kali ni, ain nak berkongsi dengan anda semua, produk Shaklee pertama yang ain guna.

Sejak pertama kali cuba terus terus tangkap cintan la beb dengan Shaklee !!

Kalau nak tahu, ESP adalah produk pertama Shaklee yang ain cuba.

NIAT MINUM ESP SHAKLEE UNTUK CANTIK


Sebenarnya, ain kenal dengan ‘Shaklee’ lama dah sejak zaman universiti lagi. Waktu tu ain nak cari suplemen yang sesuai untuk cantikkan kulit.

Sebab ingat lagi masa tu kulit ain kusam, berminyak, pori muka pula besar, muka berjerawat, malah ada parut jerawat sikit-sikit yang susah nak hilang dan gelap. Macam-macam skincare ain cuba tapi tak ada yang berkesan dan serasi dengan kulit.

Yela hari-hari tengok my classmate or students lain, kulit diaorang cantiknya, nampak flawless, jelesss la kannn..hahaha nak juga cantik cam diaorang.

So, ain pun godeh-godeh encik google, asyik keluar tentang ESP Shaklee je. Mula-mula rasa ragu-ragu juga nak cuba. Duk fikir boleh percaya ke ni? Masa tu belum kenal ESP, tertanya-tanya apa yang best sangat tentang ESP ni? Apasal semua orang sibuk nak makan ESP ni?

Takut jugak lah kan kalau ada kesan-kesan sampingan bila mengambilnya.

Ain cuba search lagi tentang ESP, apa khasiatnya, cari testimoni pengguna yang dah pernah mencubanya.

Sehinggalah ain tertarik dan yakin untuk cuba ESP Shaklee ni. Masa beli tu pun, bukan beli dengan harga ahli. Sebab agen tu tak pernah ajak suruh jadi ahli, ain pun mana lah tahu masa tu kan. Beli pun sebab nak makan sendiri je.

Ain cuma berharap ESP Shaklee ni dapat membantu membaik pulih kulit ain untuk dapatkan kulit yang cantik berseri.

Alhamdulillah kesan consume ESP Shaklee, boleh nampak lah perbezaannya. Kulit muka ain tak nampak lagi kusam dan berjerawat, kulit berminyak berkurangan, parut jerawat pun semakin pudar, tona kulit makin sekata dan kulit makin halus dan cerah berseri. Terasa perubahan kat kulit. Ramai juga yang perasan dan puji kata kulit makin cerah dan glowing. Hehehe happy sesangat.

Sejak itulah ain suka giler dengan ESP Shaklee ni!!!

 Sebab ain merasai sendiri keberkesanannya.

Tapi waktu tu kan masih belajar, duit poket pula tak seberapa, kering. Lepas habis je guna ESP Shaklee, ain terus stop tak guna lagi. Yela tak berkemampuan nak beli lagi waktu tu. Tak kan nak menyusahkan ayah, minta duit dari dia, ayah pun banyak tanggungan.

Bila tak konsisten guna, kulit mula jadi balik ke asal. Tumbuh berjerawat dan kusam. Sedih !

GUNA KEMBALI PRODUK SHAKLEE

Pada September 2016, ain start guna ESP Shaklee semula sejak keguguran my first pregnancy.

BOLEH BACA SINI
PENGALAMAN KEGUGURAN (sila klik)

Sejak tu ain bertekad nak konsisten amalkan Shaklee terutamanya ESP sebagai salah satu ikhtiar untuk HAMIL kembali. Sebab ain dengar ESP ni boleh membantu MENGUATKAN OTOT RAHIM supaya perlekatan lebih kuat.

Mana tahu rezeki Allah nak bagi selepas ini kan. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya kita berserah kepada Allah. Doakan la ye. amin

Sekarang ni, inilah dia my favourite and healthy breakfast setiap hari.

ESP Shaklee ni dalam bentuk serbuk. Ain biasa minum ESP dibancuh dengan FRESH MILK, then shake! Shake!

Dia punya sedap tak payah cakap lah, ohhsemm beb. Tak minum sehari rasa tak lengkap hidup ku ini. hehehe


KENAPA SAYA JATUH CINTA DENGAN ESP SHAKLEE?

ESP Shaklee kaya dengan protein. Protein pula adalah makanan sel. Sel-sel dalam badan kita semuanya terdiri daripada protein – rambut, kuku, otot dan kulit. Setiap sel memerlukan protein yang mencukupi supaya dapat berfungsi dengan baik dan sihat.

Protein membantu sel-sel kulit mati digantikan dengan sel-sel yang baru. Sebab itu protein sangat lah penting untuk mereka yang ingin kulit cantik dan gebu. Jika sel-sel mati ni tidak diperbaiki dan diperbaharui dengan sel-sel baru, kulit kita akan menjadi kusam dan bermasalah. So, faham tak kat sini peranan protein tu kenapa tiba-tiba kulit muka ain makin sihat, halus dan cerah lepas consume ESP.

ESP SHAKLEE PROTEIN SOYA TERBAIK


Alhamdulillah dah hampir 1 tahun ain setia dan konsisten dengan ESP Shaklee. ESP Shaklee ni berbeza dengan protein jenama lain yang ada di pasaran. Bukan hanya bagus untuk kecantikan sahaja tapi bagus dalam membantu menambahbaik kesihatan kita secara keseluruhan. The best ever brand in the world la.

Cuba lah rasa segelas ESP hari ini, anda pasti sukakannya. Harganya pun mampu milik. Tak hairanlah ESP ni laku giler dan menjadi hot selling. Ia sesuai untuk seisi keluarga.

PROMO ESP OKTOBER 2017!
=========================


Bulan ni bulan yang sangat istimewa sebab ada promosi hebat ESP.
Cepat-cepat dapatkan sekarang

Hubungi ain 011-10763341 untuk dapatkan best price.



PENGALAMAN KEGUGURAN

Tiba-tiba terkenang pengalaman keguguran my first pregnancy.

‘Mengikut apa yang saya scan, kantung awak ni kosong. Dengupan jantung baby tak ada…’ kata doktor.

Berderau darah bila mendengarnya. Bagaikan tak percaya.

Ingat lagi, pada hujung Ramadan 2016, ain disahkan pregnant setelah berkahwin hampir setahun lebih. Tak sangka pun. Masa tu dalam seminggu terakhir berpuasa, ain sebenarnya demam dan mengalami dehidrasi yang teruk. Melepek je baring nak bangun pun tak terdaya.

Hubby pun bawalah ain ke hospital. Cek-cek rupanya ain pregnant. Mengikut perkiraan doktor, usia kandungan waktu itu dalam 5 minggu. Perasaan ketika itu tak tahu la tak boleh nak diungkapkan. Tapi alhamdulillah la.

Sejak pregnant, dari pagi hingga ke petang asyik pening dan mual je. Muntah-muntah tak sangat. Makan pun kurang berselera. Kalau tak, ain ni jenis kuat makan lagi-lagi kalau mak yang masak, bertambah-tambah. Hehe Nak berjalan-jalan pun malas.

Nak pergi kerja setiap hari pun rasa malasnya. Dah lah kena drive sendiri pergi dan balik kerja yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Memang stress rasanya waktu tu. Padahal sebelum ni ok je pergi balik kerja drive sendiri. Pembawakan budak agaknya waktu tu.

Masuk 8 minggu lebih macam tu, ain pergi kerja macam biasa. Waktu tu dah nak balik kerja, pergi toilet dan nak solat. Terperasan ada keluar sedikit lendir warna merah. Masa tu dah berdebar-debar, nak nangis pun ada. Macam-macam dalam fikiran ni. Terus call hubby ajak pergi klinik. Keluar lendir darah tu sekali je waktu tu, lepas tu tak ada keluar lagi.

Petang itu terus pergi Klinik Wahidah bagitahu pregnant dan ada keluar lendir darah sedikit. Doktor pun cek dan scan. Bila scan, doktor bagitahu kantung ada, tapi tak ada heart beat, kosong. Berjurai air mata masa tu.

Doktor yang cakap tu soft spoken dan cuba menenangkan ain. Doktor suruh ain refer kat hospital dan berkata dengan peralatan hospital yang lebih canggih kemungkinan boleh nampak dengan jelas. Doktor juga beritahu bleeding ni kemungkinan nak keguguran tapi dia suruh refer kat hospital dulu.

Malam tu kami terus bertolak balik ke kampung di Batu Pahat Johor sambil dalam hati menangis, sedih, bercelaru. Berdoa dan berharap moga kandungan selamat.

Esok paginya kami rujuk kat Hospital Batu Pahat, klinik O&G. Cek sana sini, jumpa doktor pakar dan scan sekali lagi. Doktor bagitahu dengan jelas bahawa kantung ada tapi kosong. Dia cakap mungkin masih early pregnancy sebab tu tak nampak. Doktor suruh datang scan semula dua minggu lagi.

Dalam tempoh dua minggu tu, doktor bagi masa untuk keguguran berlaku secara semula jadi. Kalau tak ada juga terpaksa cuci. Mendengar perkataan “kena cuci” je ain dah seram. Yelah macam-macam yang ain bayangkan.

Hubby pun cakap takpelah, kita balik Melaka dulu, berdoa semoga semuanya baik-baik.

Seminggu di Melaka, kerja seperti biasa, tak ada tanda-tanda sakit. Bleeding pun tak ada keluar lagi sejak hari tu. Ke sana ke mari macam tiada apa yang berlaku. Tapi sebenarnya dalam hati sentiasa berharap dan berdoa, biarlah “dia” keluar dengan sendirinya. Tak perlu lah kena cuci, takut seram.

Hari Sabtu petang, Mak Long buat aqiqah cucunya. Balik dari rumah Mak Long di Tangkak kami terus balik Batu Pahat rumah mak. Dalam perjalanan, perut rasa tak sedap je rasa macam senggugut. Sampai rumah mak, terus rasa nak buat air halia. Biasanya bila time period nak senggugut, ain akan minum air halia.

Dipendekkan cerita, lepas minum segelas air halia, ain pun tengoklah TV. Waktu ni perut dah rasa sakit sangat, sengal-sengal. Diri, duduk, baring semua rasa tak selesa, sakit.

Tiba-tiba tekak rasa gatal sangat dan terbatuk-batuk sekali ‘bush’ rasa terkeluar seketul macam daging gumpalan darah. Ain bergegas berlari ke bilik air dan lihat banyaknya darah. Jerit-jerit panggil mak dan hubby. Tunjuk mak, mak cakap ni mungkin janin tu dah keluar. Kemudian hubby bungkus janin tersebut untuk dibawa ke hospital esok pagi. Lepas keluar je, terus hilang rasa sakit perut yang sangat-sangat tadi.

Ahad pagi kami terus ke O&G Hospital Batu Pahat. Doktor repeat scan dari bawah dan atas. Dalam hati ni sentiasa berdoa dan berharap janin dah keluar habis la dan bersih. Alhamdulillah mengikut perkabaran doktor clear, tak perlu kena cuci. Lega hati bila dengar. Janin tu doktor ambil untuk diuji kaji. Doktor pun bagi MC selama seminggu.

Bermula lah episod pantang memantang. Walaupun sedih dan terkilan, ain redha dengan ketentuan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Ain yakin dengan rahmat Allah,  InsyaAllah Allah akan mengurniakan kami zuriat yang ramai bila tiba masanya. Amin

Walaupun kami belom ada rezeki ‘memilikinya’ tapi kami bersyukur kerana ada rezeki lain untuk tetap rasa bahagia bersama. Alhamdulillah ya Allah.

Thanks for reading! (n_n)


Saturday 7 October 2017

KEPENTINGAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN KITA


Kenapa protein penting?

Protein merupakan bahan asas pembinaan sel tubuh. Pengambilan protein dalam diet harian kita sangat penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikian tisu dalam badan kita. Hampir 25 peratus daripada badan kita diperbuat daripada protein. Semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Berikut adalah 7 KEPENTINGAN PROTEIN dalam diet harian kita.


1. Membina sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak.

Protein penting untuk membaikpulih tisu dan membina tisu baru. Sel kita biasanya akan rosak disebabkan oleh pertambahan usia, radikal bebas, stress dan sebagainya. TANPA PROTEIN, sel-sel badan yang mati tidak dapat digantikan. Badan akan menjadi letih dan lesu.

2. Membina otot, tulang yang sihat dan kuat.

Setiap sel dan jaringan tubuh terdiri daripada protein terutamanya bahagian otot, di mana 20 peratus nya terdiri daripada protein. Sebab itu, protein penting untuk menguatkan otot-otot agar tidak menggelebeh apabila lemak-lemak degil dibakar.

3. Membantu kulit yang lebih sihat, cantik dan berseri.

Protein penting kerana kulit kita adalah protein. Kulit kita anjal disebabkan kehadiran kolagen. Kolagen pula diperbuat daripada protein berserat. 
Jika protein yang diambil rendah/ kurang boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal lain dalam badan yang menyebabkan kulit kita berminyak, jerawat, jeragat, mengelupas dan sebagainya. Sebab itu protein penting untuk dapatkan sel yang sihat untuk buat kulit kita nampak awet muda.

4. Menyokong kehamilan yang sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar.

Wanita yang INGIN HAMIL mahupun SEDANG HAMIL disarankan mengambil makanan yang kaya dengan protein. Keperluan PROTEIN sangat penting pada ibu hamil kerana
  • Membantu pertumbuhan janin
  • Membantu pembinaan sel bagi ibu dan bayi
  • Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan otak janin
  • Protein membekalkan asid amino yang membentuk otot dan organ bayi
  • Membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus pada trimester ke-3

IBU MENYUSU memerlukan lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusu. Ibu menyusu memerlukan 71g protein sehari untuk penghasilan susu yang banyak bagi mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi disamping untuk mengekalkan tenaga dan kenyang lebih lama.

5. Mengekalkan berat badan ideal.

Protein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI dengan cepat. Hal ini kerana badan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan protein yang kompleks kepada komponen yang lebih ringkas.

Walau bagaimanapun, penurunan berat badan disebabkan kekurangan protein bukanlah sesuatu yang baik. Badan akan menjadi lembik, otot lemah dan kelesuan.

6. Memberi tenaga segera.

Protein bukanlah sumber tenaga yang signifikan kepada tubuh. Tetapi protein adalah tenaga yang tersimpan seperti karbohidrat dan lemak. Jika jumlah karbohidrat dan lemak dalam tubuh  yang dihadam tidak mencukupi, PROTEIN akan digunakan SEBAGAI TENAGA dalam tubuh.

Protein adalah sumber asid amino. Asid amino hampir sama dengan glukos. Apabila asid amino diproses nitrogen disingkirkan dan menjadi asid lemak yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

7. Menguatkan antibodi dan sistem imun badan

Protein menguatkan struktur kulit dan menyokong penghasilan antibodi serta mengurangkan peluang bakteria atau radikal bebas masuk ke dalam badan.

Protein merupakan nutrisi yang penting dalam keperluan harian kita. Oleh itu, kita perlu mendapatkan sumber protein yang cukup setiap hari dari sumber yang terbaik. Pengambilan protein yang mencukupi adalah sumber kunci kesihatan yang optimum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...