Friday 8 September 2017

FAMILY BONDING TIME

Baru-baru ni cuti Kemerdekaan telah jatuh serentak dengan cuti Raya Haji sekali, ditambah pula dengan cuti peristiwa sempena kejayaan Malaysia dalam Sukan Sea ke-29, maka bercuti lama la kita ye.hehehe 

Raya Haji tahun ni, turn kami beraya di Batu Pahat, Johor. Kami buat keputusan untuk balik ke Batu Pahat petang Rabu 30 Ogos selepas husband pulang dari kerja.

Ain pun tulislah dalam group Whatsapp keluarga yang ain akan balik pada Rabu petang dan bercadang untuk membuat BBQ & Steamboat bila balik nanti. Adik beradik yang lain menjawab ok sahaja.

Sebelum gerak balik, ain dan husband pun singgah lah sebentar ke pasar raya dan cari apa yang sesuai untuk dibuat steamboat bersama keluarga. Kali ni, lima-lima beradik balik. Tambah tolak ada lah dalam 10 orang termasuk baby Inara yang bam bam hihihi. Geram dengan keletah baby Inara, lebih-lebih lagi sekarang dah pandai senyum bila di agah.

Cuti 31 Ogos, siangnya sambil-sambil membantu mak memasak untuk raya, kami pun siapkan semua bahan apa yang patut untuk buat BBQ. Untuk raya, mak dan ayah masak ayam masak merah, rendang daging, kuah lodeh dan ketupat. Air tangan mak dan ayah memang tip top sedappp.

Siap sahaja masak, kami perap pula kepak dan peha ayam, perap ikan serta sediakan kuah tomyam untuk steamboat. Sambil tunggu tomyam masak, kami siapkan fishball, meatball, sosej, dan sebagainya untuk diletakkan dalam bekas.

Selepas solat Isyak, husband siapkan tempat pemanggang di depan rumah. Lelaki semua ambil tugas bab-bab memanggang ikan, ayam, otak-otak. Hihihi manakala yang perempuan pula bersteamboat. Adik-adik ain, adik ipar, ayah, mak mengulang-ulang ambil dan bertambah-tambah makan. Makan panas-panas pula tu, fuhh meletup. 
                                             Ayah selaku ketua chef.hehe


                            Tukang masak (kiri: adik ain iaitu wan, kanan: husband ain)


                                                      Steamboat tomyam


                                                                   BBQ



                                      Mak dengan cucunya Inara bam bam.hihi

                                  Amboi teha bukan main melantak ayam.haha



Seronok rasanya dapat memberi kegembiraan kepada keluarga dan melihat mereka berkumpul makan sama-sama.
                                                       Borak anak beranak
                                                   Power girls in the house!
 

Selain itu, dah alang-alang balik kampung, mesti tak sah kalau tak baking kek. Hihihi kali ni ain dan adik ain, Fatihah sama-sama buat kek marble. Mula-mula buat sebuku kek je, habis sampai tak cukup. Esok nya buat lagi sebuku. Kalau kat rumah mak ni, buat apa je mesti laku licin. Mereka semua kuat makan dan hantu kek.hahaha

                                            Kek marble (sebelum masuk oven)

                                                       Selepas keluar oven


Dalam dunia ni, tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan selain bersama adik beradik dan keluarga kita. Dengan mereka lah tempat kita berkongsi suka dan duka. Walaupun adakalanya, berlaku perselisihan faham pertengkaran atau perbezaan antara adik beradik, tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik tetap adik beradik.

I LOVE MY FAMILY!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...