Wednesday 16 August 2017

PERLU KE PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI?

Kenapa kita perlu ambil vitamin C hari-hari? Penting sangat ke ambil vitamin C ni?


Kalau kita lihat vitamin C ni menjadi pilihan ramai. Kenapa? Vitamin C adalah vitamin asas yang penting kepada tubuh untuk pertumbuhan, perlindungan dan pembaikkan sel badan. Terkenal juga sebagai vitamin cantik. Tidak hairanlah kalau ramai artis sanggup cucuk vitamin C ni.


Vitamin C adalah vitamin larut air yang berperanan dalam mengekalkan kesihatan tisu badan serta berfungsi sebagai antioksidan. Badan kita memerlukan vitamin C setiap hari untuk melengkapkan keperluan yang diperlukan oleh tubuh.


Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri dan juga tidak boleh disimpan dalam badan untuk jangka masa panjang. Jadi kita perlu mengambil vitamin C melalui pemakanan atau suplemen dalam diet harian kita. Contohnya sumber makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Hal ini kerana pengambilan vitamin C yang cukup mampu melindungi kerosakan sistem tubuh, masalah kesihatan, penyakit kardiovaskular, masalah kulit, mata dan lain-lain lagi.


KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan tisu dalam badan pecah dan terjejas. Kekurangan vitamin C yang semakin kronik pula boleh memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan penyakit skurvi.

Antara tanda-tanda tubuh kita kekurangan vitamin C adalah:

  • Anemia
  • Kulit kering
  • Radang gusi
  • Luka lambat sembuh
  • Sakit sendi
  • Daya tahan (imun) yang lemah
  • Pendarahan dalam mata
  • Masalah pencernaan
  • depression


9      MANFAAT PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN C

  1. Menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh

Umum mengetahui vitamin C banyak digunakan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan kulit. Hari ini, kalau kita lihat kebanyakan produk-produk kecantikan menggunakan vitamin C sebagai bahan utama untuk kecantikan kulit.

Hal ini kerana vitamin C membantu penghasilan kolagen dalam tubuh secara semula jadi. Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti salurah darah, tendon, ligamen, gigi, tulang, rambut dan kulit. Dengan mengekalkan tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit lebih licin, tegang, cerah, kurangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan pembentukan pigmentasi (Sinar Harian, 2017).

Satu kajian melibatkan lebih 4,000 wanita berumur antara 40-74 menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan kedutan kulit, kulit kering, membantu melambatkan penuaan secara perlahan dan melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya.

Selain itu, vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur, kudis yang kronik. Dari luka kecil hingga luka yang mendalam, tulang patah, vitamin C mempercepat proses penyembuhan dan membantu tisu parut pulih lebih cepat.


  1. Meningkatkan penyerapan mineral

Vitamin C juga mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu penyerapan zat besi dari makanan yang dimakan. Zat besi merupakan mineral yang diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi akan diserap dengan baik oleh tubuh apabila dikombinasikan bersama vitamin C


  1. Mengurangkan risiko gout

Pengambilan vitamin C boleh mengurangkan risiko gout. Gout berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik antara sendi-sendi. Rasa gout ni sakit sangat di bahagian sendi seperti pembengkakan, pengelupasan kulit di bahagian sendi dan rasa panas di sendi. Risiko menghidap gout sangat tinggi jika bacaan asid urik melebihi 10 mg/dl. Berhati-hati lah. Atuk ain dulu pun meninggal dunia disebabkan sakit gout ini lah salah satunya.

Berdasarkan kajian Archives of Internal Medicine (2009), lelaki yang mengambil 1,500 mg atau lebih vitamin C sehari mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap gout berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C atau mengambil vitamin C kurang daripada itu.

Oleh itu, kesedaran awal tentang pengambilan vitamin C yang mencukupi penting agar boleh mencegah risiko untuk menghidap gout. Bukan dah kena gout baru nak makan vitamin c ye tak berkesan la macam tu. Dah terlambat! Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.


  1. Menghalang radikal bebas

Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas, bahan kimia dan pencemaran, asap rokok, sinaran matahari dan sebagainya.

Radikal bebas ini boleh membawa kesan kepada kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, strok, arthritis, kencing manis dan darah tinggi.

Di sinilah peranan vitamin C amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas. Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.


  1. Mengurangkan simptom demam dan selsema

Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang berupaya mengurangkan demam, selsema, sakit badan serta mengawal alergik yang menyebabkan demam.

  1. Meningkatkan daya tahan (imun) tubuh

Kita sering merasa lemah dan mudah sakit? Itu petanda mungkin sistem imun kita sedang terganggu. Bila sistem imun lemah, daya tahan tubuh kita akan berkurang dan mudah terkena penyakit.

Vitamin C merupakan vitamin yang sering dikaitkan dengan sistem imun. Hal ini kerana vitamin C digunakan oleh sel darah putih untuk melawan jangkitan dan keradangan.

Satu analisis menunjukkan bahawa vitamin C bermanfaat kepada individu yang memiliki sistem imun yang lemah akibat tekanan. Memandangkan stress merupakan suatu yang biasa dalam masyarakat kita, pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat memberikan kesihatan yang menyeluruh kepada seseorang.


  1. Mengurangkan risiko strok

Strok biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, salur darah pecah dan stress. 

Oleh itu, pentingnya ambil vitamin C setiap hari dalam diet harian kita kerana vitamin C membantu pengaliran darah yang lebih lancar dan membantu salur darah menjadi lebih elastik.

Situasi ini kita bayangkan seperti PAIP GETAH lah. Jika paip getah elastik, pengaliran air lebih lancar dan lajukan? Tetapi jika getah paip terlalu kering tidak elastik lembik, ia menjadi rapuh dan akhirnya pecah. Sama la juga dengan saluran darah kita.

Sebab itu, kita ambil vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan tetapi untuk menjaga kesihatan yang menyeluruh.


  1. Membantu mengurangkan kanser

Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan antara pengambilan vitamin C dapat mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.

Antioksidan dalam vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas tersebut.


  1. Meningkatkan kesihatan fizikal

Pengambilan vitamin C secara konsisten, membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stress.

Tidak hanya itu, vitamin C mampu mencegah buta akibat masalah katarak pada kanta mata serta membantu dalam menyahtoksin logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya dalam tubuh.


SUMBER VITAMIN C

Kita boleh mendapatkan vitamin C daripada pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu, kiwi, mangga) dan sayur-sayuran (bayam, sawi, cili, kangkung).

Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar yang kaya vitamin C ni harus dijadikan amalan setiap hari untuk mendapatkan manfaat kesihatan secara menyeluruh.

Namun, nak dapatkan manfaat vitamin C yang mencukupi setiap hari daripada buah-buahan dan sayuran bukanlah mudah, kadang-kadang terskip juga kan.

Sebab itu, pengambilan suplemen vitamin C digalakkan untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan kita. Tubuh kita memerlukan 500 mg vitamin C setiap hari untuk mencapai kesihatan yang baik.


MAHUKAN VITAMIN C?


Pilihlah VITAMIN C SHAKLEE!

Vitamin C Shaklee adalah vitamin semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung. Vitamin C Shaklee juga dilengkapi dengan Sustained Release System dan Citrus Bioflavonoids Complex.

Kaedah Sustained Release System ini membolehkan vitamin C dilepaskan secara berperingkat dalam badan kita sebanyak 100mg setiap jam untuk satu biji.

Vitamin C Shaklee juga ditambahkan dengan 120mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C secara optimum tanpa ada pembaziran.

Keistimewaan inilah yang membezakan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang lain.

Ain sendiri pengamal setia vitamin C Shaklee ni hampir 2 tahun. Alhamdulillah ain merasai sendiri kesannya daripada pengambilan vitamin C ni pada kesihatan dan kecantikan. Shaklee menjadi pilihan kerana semestinya selamat, semula jadi dan berkesan.


KESIMPULAN


Pengambilan vitamin C setiap hari adalah sangat perlu untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Amalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin C atau pengambilan suplemen dalam diet harian beserta pengambilan air masak yang banyak untuk penyerapan yang berkesan.


Thursday 10 August 2017

OMEGA GUARD SHAKLEE: SUPLEMEN OMEGA 3 TERBAIK UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum semua!

Bila sebut sahaja minyak ikan, pasti ramai yang tahu minyak ikan sangat baik untuk kesihatan. Tambahan pula banyak jenama suplemen di pasaran yang menyediakan kebaikan minyak ikan ni. Tetapi apakah itu minyak ikan?


APA ITU MINYAK IKAN?
Minyak ikan adalah satu asid lemak yang berasal dari tisu ikan yang berminyak. Dalam minyak ikan ini terkandung sebanyak 333mg Omega 3, 182mg asid eicosapentaenoic (EPA) dan 120mg asid docosahexaenoic (DHA). Setiap komponen mempunyai fungsi yang berbeza untuk tubuh.

Walau bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak Omega 3 ni sendiri. Justeru, kita sangat digalakkan untuk mengambil pemakanan yang kaya dengan Omega 3 atau suplemen minyak ikan setiap hari.


KEBAIKAN OMEGA 3
Secara umum, Omega 3 dikenali sebagai asid lemak perlu (EPA’s) iaitu merupakan lemak sihat atau baik yang sangat bagus untuk menyokong fungsi normal dalam badan kita.

Jom semak kebaikan pengambilan Omega 3 untuk kesihatan:


Omega 3 mengurangkan risiko penyakit jantung
Omega 3 terbukti mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan ‘masyarakat Eskimo di Greenland yang mengamalkan pemakanan atau diet harian yang tinggi Omega 3, mempunyai kadar penyakit jantung yang sangat rendah berbanding dengan Denmark dan Amerika’ (Am J Clin Nutr., 2008). Ini menunjukkan bahawa asid lemak minyak ikan mempunyai kesan yang baik terhadap penyakit jantung koronari.

Selain itu, ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan mengekalkan rhythm jantung. Sebab tu tak mustahil la kulit kita boleh nampak fresh dan kemerah-merahan kerana jantung kita berfungsi dengan sihat dan darah mengalir dengan lancar.

Omega 3 juga bersifat anti keradangan, selain boleh mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung. Ia juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah. Ini sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.



Omega 3 menyokong kesihatan otak
Asid lemak Omega 3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat. DHA yang terkandung dalam omega adalah nutrien dan makanan utama untuk otak yang menyokong fungsi sistem saraf. Sekiranya otak kita cukup nutrisi maka cerdas lah otak kita.

Omega 3  turut membantu memberi kesan pada mood, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Berdasarkan kajian, pengambilan Omega 3 membantu mengatasi masalah berkaitan kekurangan fungsi otak seperti penyakit alzheimer (nyanyuk).


Omega 3 meningkatkan kesihatan otak dan penglihatan bayi semasa mengandung
Omega 3 penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. DHA menyumbangkan 40 peratus daripada asid lemak tak tepu dalam otak dan 60 peratus pada retina mata. Oleh itu, tak hairanlah kebanyakan susu formula bayi di pasaran dilengkapi dengan DHA yang baik untuk otak dan penglihatan bayi.

Justeru, omega 3 sangat diperlukan oleh ibu mengandung sepanjang kehamilan bermula trimister pertama dan trimister akhir. Semasa mengandung, plasenta memindahkan nutrien termasuk DHA daripada ibu kepada bayi. Ibu mengandung dan menyusu disyorkan  mengambil sekurang-kurangnya 2.6 g asid lemak omega 3 dan 100 – 300 mg DHA setiap hari bagi menjaga keperluan janin dan penyusuan bayi (Indian J Pediatr., 2005).


Sebab itu penting bagi ibu mengandung mengambil nutrisi Omega 3 yang mencukupi untuk perkembangan bayi.

  • Bayi yang mendapat Omega 3 yang mencukupi semasa dalam kandungan akan mempunyai otak yang lebih pintar dan penglihatan yang lebih jelas.
  •  Pengambilan Omega 3 yang cukup dapat mengurangkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.
  •  Membantu menguatkan sistem imun bayi dan mengelakkan alahan seperti ekzema, asthma dan sebagainya.

Omega menghubungkan sel-sel otak


Omega 3 mengurangkan gejala kanak-kanak hiperaktif
Beberapa kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang hiperaktif mempunyai tahap asid lemak omega 3 yang lebih rendah.

Selain rawatan mengunakan ubat-ubatan doktor, makanan kaya omega 3 (ikan laut dalam) yang mengandungi asid lemak perlu (EFA’s) boleh mengurangkan gejala hiperaktif, ke dan kurang tumpuan pada kanak-kanak.

Menurut Dr Zubaidi (Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif),’pengambilan omega 3 setiap hari selama enam bulan dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, mereka dapat melengkapkan kerja dan meningkatkan prestasi akademik’.


Omega 3 mengurangkan masalah kemurungan dan kebimbangan
Masalah emosi yang keterlaluan merupakan sesuatu yang serius. Kebimbangan yang dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kemurungan seperti kesedihan tanpa sebab, cemas, mudah marah kelesuan, rasa rendah diri dan kehilangan minat untuk hidup.

Oleh itu, minyak ikan omega 3 sangat membantu mencegah dan merawat masalah kemurungan dan kebimbangan. Menurut kajian Psikologi (2015), mereka yang mengambil Omega 3 secara kerap didapati kurang mengalami kemurungan. Ini kerana dalam Omega 3 terdapat ALA, EPA dan DHA yang berkesan dalam memerangi kemurungan.


Omega 3 membantu mengatasi kemurungan


Omega 3 membantu mencegah kanser
Omega 3 boleh menurunkan risiko kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon serta berupa mengurangkan saiz tumor yang terbentuk (Dr Bruce, 2016).

Kajian membuktikan wanita yang sering makan Omega-3 Fatty Acid dalam menu harian seperti seperti salmon, tuna, sardin mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat kanser payudara. Kajian juga menunjukkan bahawa pesakit kanser yang banyak mengambil Omega 3, menurunkan risiko kanser merebak ke organ lain.


Omega 3 meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
Omega 3 dapat meningkatkan kekuatan tulang dengan meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang. Secara tak langsung boleh mengurangkan osteoporosis.

Selain itu, pesakit yang mengambil suplemen Omega 3 mendapati sakit sendi mereka berkurangan dan meningkatkan kekuatan cengkaman. Asid lemak Omega 3  boleh diibaratkan sebagai pelincir atau cecair bagi memudahkan sendi bergerak dengan lancar.




Omega 3 baik untuk kulit
Ramai yang tidak tahu sebenarnya Omega 3 juga memainkan peranan dalam kecantikan kulit.
Omega 3 membantu
-         mengekalkan sel kulit yang sihat dan muda
-         melembabkan kulit
-         menjadikan tona kulit sekata
-         mencegah penuaan
-         melindungi kulit daripada kerosakan matahari

Maka, tidak hairan lah wanita Jepun yang selalu makan makanan yang kaya Omega 3 seperti sushi, salmon memiliki kulit yang cantik dan sihat. Selain itu, Omega 3 bukan setakat bagus untuk tetapi juga kuku dan rambut. Pemakanan yang konsisten menjadikan kuku dan rambut lebih kuat dan cantik.


 Kulit cantik mulus


APA ISTIMEWA OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING LAIN


  • Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi. 
  • Tahap keselamatannya terbukti apabila Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul. Proses ini dapat memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang berkhasiat dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan ikan.
  • Merupakan minyak ikan paling tulen kerana lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi. Mengikut kajian, DHA, EPA dan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah paling tinggi berbanding minyak ikan jenama lain.
  • Diekstrak dari ikan laut dalam dan air sejuk di perairan negara Jepun. Bukan daripada minyak ikan yang bertoksid.
  • Memiliki ketumpatan yang tinggi 3 kali ganda dari ketumpatan hati minyak ikan.

Sumber:

Istimewanya bulan merdeka ni, ada promosi hebat Omega Guard Shaklee. Setiap pembelian 5 botol Omega Guard akan dapat diskaun VOUCHER RM60. Voucher ni boleh digunakan untuk belian seterusnya. Wow! Jimat dan berbaloi. Jom grab promosi best ni untuk seisi keluarga.


Pilihan di tangan anda. Jom jaga kesihatan dengan Omega Guard Shaklee! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...