Thursday 6 July 2017

RAYA 2017: #TEAMRAYAMELAKA

Assalammualaikum,

Ok, first day raya 2017 kali ni, Ain beraya dekat Melaka dulu. This year turn rumah mertua. Theme colour, mustard tahun ni. Raya ke-6 baru balik Batu Pahat, Johor. Sebabnya raya ke-4, hubby dah start kerja.

Tahun ni tahun ke-3 kami beraya sebagai suami isteri. Masih lagi berdua. Belom ada rezeki beraya bertiga atau keempat. Hihi InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Amin.

 
Me & hubby

Family mentua
Family kakak ipar je tak ada balik rumah mentuanya.


Raya kali ni pun sederhana je tapi meriah. Tak banyak aktiviti sangat pun raya pertama, just pergi beraya rumah atok nenek, adik beradik dan sedara mara sebelah mak hubby dekat-dekat sini. Raya ke-2 dan ke-3 pula beraya rumah sedara mara sebelah ayah hubby.

Dekat rumah mak long Salbiah
Adik beradik ayah hubby. Dekat rumah pak cik Razak

Kat Batu Pahat, tak dapat nak ambil gambar raya satu family dengan adik beradik Ain yang lain sebab kebanyakan mereka dah balik Johor Bahru kerja dan dah start kelas. huhu Dapat ambil gambar pun dengan mak ayah.


Mak dan ayah
#teamrayajohor

Ok lah, sampai sini dulu untuk entry kali ini. Selamat Hari Raya! Untuk pembaca blog yang setia berkunjung ke blog Ain. Minta maaf yer kalau ada menyinggung perasaan atau terkasar bahasa semasa menulis. Yelah kadang-kadang tak terperasan. Kira 0 – 0 ye.hihi 

Ok bai!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...