Saturday 3 June 2017

5 ITEM MUDAH MAMPU MEMBUATKAN ANDA CANTIK

Assalammualaikum!

Siapa kata nak cantik susah? 

Cantik tidak susah sebenarnya. Yang penting keinginan dan kesungguhan kita untuk berusaha tampil cantik, betul tak?

Jom kita singkap satu persatu item mudah yang mampu membuatkan kita cantik.

1.        BUAH ANGGUR
Siapa yang tidak suka buah anggur kan? Selain rasanya yang sedap manis-manis masam, anggur memiliki kandungan antioksida, vitamin C dan fitonutrien yang sangat bagus untuk kecantikan tau.

Caranya belah sedikit buah anggur dan gosokkan bahagian yang dipotong pada wajah. Asid buah adalah lulur semula jadi. Tindakan ini membantu menyerikan lagi kulit wajah kita.

2.     OREN
Oren sangat kaya dengan vitamin C dan salah satu buah terbaik untuk mendapatkan kulit cantik. Ekstrak buah sitrus ini berkesan untuk mencerahkan kulit, siku dan lutut. Bahkan ia turut melembutkan bahagian tersebut yang cenderung menjadi kasar. Baunya juga enak, bukan? Cuma potong dua buah oren dan gosokkan pada bahagian yang bermasalah.

3.     MAYONIS
Bukan hanya sedap untuk sajian tetapi mayonis juga bagus untuk kecantikan kulit. Mungkin pernah dengarkan namun tidak berani mencuba? Usah takut kakak-kakak gojes. Mayonis mampu melembapkan kulit secara semula jadi dan nampak lebih awet muda. Hanya sapu mayonis di kulit wajah sebelum tidur, jimat tu!

Moyonis juga dipercayai berkesan menguatkan rambut. Sikatkan setengah cawan mayonis pada rambut basah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Kemudian syampu seperti biasa.

4.    MINYAK KELAPA
Selain memudahkan proses membuang bulu-bulu yang tidak diingini, khasiat minyak kelapa juga bagus untuk melembutkan kulit. Minyak kelapa boleh dijadikan sebagai pelembap.

5.     MASKER WAJAH
Mahu jadikan khasiatnya lebih berkesan? Sapukan masker di dalam bilik mandi. Haba daripada pemanas akan membuka pori-pori wajah. Dengan itu, ramuannya mudah diserap ke dalam kulit wajah.

Senang je kan?

Apa lagi, cepat-cepatlah cuba ye jika mahu tengok hasilnya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...