Wednesday, 13 September 2017

SAYA MERUPAKAN PENGEDAR SAH SHAKLEE KG TANAH MERAH KRUBONG, MELAKA DAN SEKITARNYA

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera!

Bagi yang baru pertama kali singgah di blog saya mysihatnutrisi.blogspot.my, selamat datang diucapkan.

Oleh itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya ye.

Saya Nurul Ain binti A.Hamid, merupakan seorang Pengedar Sah Shaklee, menetap di Kampung Tanah Merah, Krubong Melaka. Saya merupakan agen Shaklee yang berdaftar di bawah group yang awesome iaitu Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire.

Bermula sebagai PENGGUNA SHAKLEE pada mulanya, kemudian rasa berpuas hati dengan kebaikan yang saya sendiri rasa, terus jatuh cinta dengan Shaklee. Dari situ saya ingin berkongsi dan membantu lebih ramai lagi untuk hidup dengan lebih sihat.

Yang penting, semua produk Shaklee telah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULA JADI.

Untuk warga Melaka dan kawasan sekitarnya, yang ingin mendapatkan PRODUK SHAKLEE atau ingin menjadi AHLI SHAKLEE boleh hubungi saya:

(Call, Whatsapp, SMS)
Nurul Ain A.Hamid
011-10763341
Follow my IG: @sihat.nutrisi

Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran pos ke SELURUH MALAYSIA menggunakan PosLaju, GDEX dan Citylink serta Cash On Delivery (COD) di kawasan Krubong, Batu Berendam, Alor Gajah, Ayer Keroh, Malim dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA dan TERBAIK untuk setiap pembelian yang anda beli dari saya.


Monday, 11 September 2017

SET AURA SERI SHAKLEE – 4 NUTRIEN UNTUK KULIT TAMPAK MUDA DAN BERSERI

Assalammualaikum,


Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahi kerahmatan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin Doakan yang baik-baik pada orang lain, insyaAllah yang baik-baik akan datang pada kita.

Ok, pernah tak korang lihat, ada orang tu kita nampak kulit wajah dia awet muda dan berseri-seri dari usia?

Ada pula tu, kita nampak kulit wajah dia lebih tua dari usia, kusam, tidak bermaya dan kurang bertenaga walaupun sebenarnya umurnya masih muda remaja?

Semua ini berkaitan dengan struktur dalaman kulit kita.

Jika DALAMAN KULIT KITA sihat, KECANTIKAN LUARAN turut terserlah.

Percayalah!

Jadi bagaimanakah kita boleh memelihara kecantikan dalaman kulit untuk tampak muda dan berseri?

Kulit yang sihat memerlukan bekalan darah yang sihat yang kaya dengan nutrien penting dan oksigen.

Di sini lah peranan nutrien sangat penting untuk kulit yang sihat, muda dan berseri. Apabila kulit menerima nutrien yang mencukupi, sel kulit kita dapat berfungsi dengan baik dan menghasilkan kulit yang sihat.


4 nutrien tersebut ialah:

1.ESP Protein (membina kulit yang sihat)

2.Collagen Powder (menganjalkan kulit)

3.Vitamin C (perlindungan antioksida)

4.GLA Complex (melembapkan kulit)


1.ESP Protein
(membina kulit yang sihat)
Protein sangat penting untuk kulit yang sihat berseri. Hal ini kerana dalam badan kita, hampir keseluruhan sel adalah daripada protein.

Badan kita juga tidak boleh menyimpan protein, sebab itu pengambilan protein yang mencukupi setiap hari dapat membantu:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.8

2.Collagen Powder
(Menganjalkan kulit)
Hampir 70 peratus kulit kita adalah kolagen.

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit.

Kolagen membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan keanjalan, ketegangan dan kelembapan kepada kulit.

Apabila usia semakin meningkat,  kadar kolagen dalam kulit kita akan semakin berkurangan.

Bermula dari usia 25 tahun kandungan kolagen semula jadi semakin berkurang pada kadar 1.5 peratus setahun. Manakala, pada usia 40 tahun kolagen menyusut sekurang-kurangnya 30 peratus.

Selain itu, pencemaran alam sekitar, pencemaran UV berbahaya, gaya hidup dan tekanan akan menambahkan lagi risiko kulit rosak, berkedut dan kendur.

Oleh itu, pengambilan kolagen yang mencukupi amat penting dan membantu untuk:
  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.1
  • Mengurangkan parut.2

3.Vitamin C
(Perlindungan antioksida)
Vitamin C bertindak sebagai antioksida untuk menghalang dan melindungi sel-sel kulit dari kerosakan disebabkan radikal bebas.

Vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen untuk kesihatan kulit secara keseluruhan.

Pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.4
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.5,6
  • Membantu dalam penyembuhan luka.5
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.5

4.GLA Complex
(Melembapkan kulit)
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu kandungan Omega 6, minyak bunga matahari dan vitamin E dalam GLA Complex meningkatkan lagi keberkesanan untuk memelihara kelembapan kulit  dan menjadikan kulit lebih berseri.

GLA Complex membantu:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4
  • Melawan keradangan.7

Pengambilan 4 nutrien ini (build, firm, protection and moisturize) secukupnya dalam Set Aura Seri Shaklee mampu menghasilkan kulit yang sihat, cantik, lebih muda dan berseri dari dalam.

Set Aura Shaklee bukan sahaja mencantikkan dalaman kulit malah membantu meningkatkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Jom grab sempena promosi hebat bulan ini!

PROMOSI SEPTEMBER 2017!
DAPATKAN BAUCER DISKAUN RM60 DENGAN SETIAP PEMBELIAN
SET AURA SERI SHAKLEE "THE RADIANT 4"

Promosi ini sah dari 1-30 September 2017


Hubungi ain untuk dapatkan Set Auri Seri "The Radiant 4" anda sekarang.

===============


Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.


2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.


3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.


4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.


5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.


6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology. 84: 284–288.


7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.


8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).

===============



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...